BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM
ASLAMUA’LAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH
Wahai sahabat-sahabat seperjuangan sekalian. Berpegang teguhlah kalian kepada Al-Quran dan Sunnah sepertimana yang difahami oleh Assalafussoleh. I’tiqadlah dengan manhaj a’qidah Ahlussunnah wal jamaah. Janganlah kalian mengkhususkan pegangan kalian kepada mana-mana mazhab secara mutlak. Inilah jalan yang paling selamat.Inilah jalan untuk menyatukan umat Islam. Angkatlah insan yang paling memahami Al-Quran dan Sunnah sebagai pemerintah agar hukum Allah A’zzawajal dan daulah Islamiah dapat ditegakkan.Inilah jalan kekuatan dan kemenangan umat Islam.
Janganlah kalian berhujjah dengan kata-kata u’lamak semata-mata dan bertaqlid secara membuta-tuli. Kita mesti beri’tiqad bahawasanya setiap qaul u’lamak tidak akan terlepas dari salah dan silapnya dan kata-kata mereka berhak ditolak, ditarjih dan dinilai semula kerana hanya yang ma’sum adalah Rasulullah sahaja. Berhujjahlah dengan nas yang sahih. Tinggalkanlah segala a’malan yang bercanggah dengan sunnah. Hidupkankanlah sunnah-sunnah yang banyak telah ditinggalkan oleh umat Islam di akhir zaman ini.Utamakanlah amalan yang mempunyai sandaran dan nas yang sahih.Cintailah Allah dan Rasul melebihi segala-galanya.
Hormatilah pendapat orang lain selagimana ianya mempunyai sandaran nas. Ingatlah bahawasanya yag haq itu sentiasa mendapat tentangan. Bersabarlah wahai pejuang-pejuang Sunnah.Anggaplah ia sebagai ujian dalam mengejar syurga Allah A’zzawajai Rabbul Jalil. Yakinlah dengan ganjaran daripada Allah A’zzawajal dalam dakwah di atas manhaj salaf. Teruskanlah perjuangan dalam menegakkan kebenaran dengan berteraskan Al-Quran dan Sunnah. Yakinlah dengan perjuangan kalian selama ini selagimana ianya disokong dengan nas yang sahih. Selamat mengatur langkah wahai sahabat-sahabatku yang mulia. Moga lelah kalian dihargai dan diterima Ilahi walaupun dicemuh insani. Wallahua’lam.
Hidup: Permulaan - Bahagian 1
-
Beberapa pelajar universiti Malaya telah terbunuh di dalam kejadian tembak
menembak di dewaan besar peperiksaan, soalan membunuh.
infinite dreams by rhads...
8 years ago
0 comments