Wahai para sahabat seperjuangan sekalian, saya ingin menasihati para sahabat dan diri saya sendiri yang lemah ini agar sentiasa menghormati pendapat u’lamak dengan tidak menolak pandangan u’lamak itu secara sewenang-wenangnya jika pandangan itu tidak sehaluan dengan pandangan kita.

Walaupun dalam tulisan saya pada siri yang lepas, saya ada mengatakan bahawa ‘’janganlah kalian berhujjah dengan kata-kata u’lamak semata-mata’’, di sini perlu diingatkan bahawa kalian perlu memahami maksud istilah ‘’semata-mata’’ yang saya gunakan itu dangan jelas dan sebaik mungkin agar ianya tidak disalah ertikan. Jangan disebabkan selera dan keinginan kita terhadap sesuatu pandangan maka kita tidak berlaku adil dalam menghurai pandangan keselurhan ulama'. Tidak semudah itu untuk kita membelakangi pandangan ijmak, jumhur dan rajih.

Walaupun saya cenderung mengikut pandangan mazhab As-syafi’e, tetapi saya tetap menyokong dan mendokong pandangan yang mempunyai nas yang sahih dan saya menentang sekeras-kerasnya pandangan yang bertentangan dengan nas dan saya lebih mengutamakan nas yang sahih dalam soal agama. Inilah pendirian dan pegangan saya selama ini.

Perlu diingatkan bahawa para u’lamak dan fuqahak merupakan pewaris nabi bahkan mereka diiktiraf oleh Al-quran dan sunnah. Mereka telah mengarang kitab-kitab dan menyusun serta menggariskan pelbagai kaedah untuk memudahkan umat memahami agama. Mereka melakukan hal yang demikian semata-mata untuk menjaga kesucian dan keaslian agama dan mereka juga tidak akan sesekali bersepakat untuk merosakkan agama. Ini yang perlu kita faham.

Maka sebab itu, janganlah kita sesekali mengkritik para u’lamak apatah lagi u’lamak mujtahidin kerana ilmu yang ada pada mereka merupakan nukilan dari Al-quran dan hadis itu sendiri. Walaupun begitu, pintu ijtihad masih belum tertutup.

Saya menulis dan bercakap tentang hal ini adalah berdasarkan kepada penelitian dan pemerhatian saya selama ini bahawa masih ada lagi segolongan tokoh yang memperjuangkan Al-quran dan sunnah, tetapi dalam masa yang sama mereka mengkritik, mempersoalkan dan mempermain-mainkan kaedah yang telah digariskan oleh para u’lamak seolah-olah mereka ini lebih a’lim dan lebih bijaksana daripada u’lamak tersebut.

Jadi janganlah kita mengikut jejak langkah golongan ini. Ingatlah bahawasanya u’lamak empat mazhab ahlus sunnah yang masyhur dan para u’lamak salaf yang lain adalah merupakan golongan yang paling memahami Al-quran dan sunnah dan kita tidak boleh menafikan hal ini.Ingatlah bahawasanya ilmu para u’lamak terdahulu tidak akan sama maqamnya dengan ilmu u’lamak mutaakhirin ini kerana Allah A’zzawajal akan menarik ilmu itu sedikit demi sedikit dengan mematikan para u’lamak kerana ilmu itu sendiri adalah hak Allah A’zzawajal .

Ingatlah bahawasanya kita hanyalah insan yang kerdil dan masih terumbang-ambing. Jika bukan kerana para u’lamak, sudah tentu kita akan terus tergelincir dari landasan yang sepatutnya. Perbetulkanlah diri kita dahulu sebelum kita perbetulkan orang lain. Sama-samalah kita berusaha menuntut ilmu dalam memahami Al-quran dan sunnah dengan sebaik mungkin. Janganlah berputus-asa dalam perjuangan menegakkan Al-quran dan sunnah. Inilah semulia-mulia perjuangan. Yang benar tetap benar . Yakinlah wahai para sahabatku yang mulia.


Posted by Abu Bukhari on Sunday, 24 April 2011
categories: edit post

0 comments

Post a Comment

Demi Masa

Kalendar

Mutiara Kata

Laman Chat

My Blog List

Followers