ASSALAMUA’LAIKUMWARAHMATULLAH
Alangkah nikmatnya kita dapat mempelajari Islam dengan manhaj salafus soleh, dengan cara salafus soleh. Bebaskanlah pemikiran dan minda kita daripada khurafat, bebaskanlah aqidah kita daripada kekeliruan. Tajdidlah minda anda. Kadang-kadang bila kita tengok insan yang tidak mempelajari aqidah dan pengajian Islam melalui manhaj ahlus sunnah, pening kita nak uruskan mereka. Kejap dia percaya benda ni, mari benda lain pulak dia percaya benda tu pulak dah.
Tetapi, orang yang belajar mengikut manhaj salaf, ada di dalam kitabullah dan ada di dalam sunnah, maka selamatlah mereka daripada kekeliruan. Kita tak ikut melainkan yang ada dalam kitab dan sunnah. Selesai masalah, tidak ada lagi khurafat-khurafat, karut-marut, bid’ah, syirik dan kepercayaan yang berbagai-bagai yang menyerabutkan insan. Nikmat tuan-tuan, apabila kita mengetahui Islam dengan jalan nabi dan para sahabat pada zaman yang akhir ini ketika Islam bercampur-baur.
Tuan-tuan, lapangkanlah dada. Sebab itu aqidah itu bermula dengan LAILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH. Betapa mudahnya aqidah yang dibawa oleh rasulullah. Inilah aqidah ahlus sunnah yang sangat mudah dan tidak memerlukan kepada formula dan kaifiat yang memeningkan dan menyusahkan. Cukuplah sekadar yang diterangkan oleh kitabullah dan hadith rasulullah.
INGATLAH, bahawasanya dalam dunia keilmuan dan zaman intelektual, manusia tidak boleh dikongkong oleh satu aliran pendapat sahaja ataupun dengan kata lain oleh satu mazhab sahaja.
Yang haq itu hanyalah Qolallah dan Qola rasul sahaja. Selain daripada itu, semuanya boleh dipertikaikan dan perlu dibuat penilaian semula. Bersihkanlah tatapan jiwa anda.Jangan ada setitik pun kekotoran Apabila ia sudah bersih pacakkanlah aqidah Islam yang tulen dan amalan nabi s.a.w.
wallahu’alam....
0 comments