Perkara yang paling utama yang mesti kita jelas dalam perjuangan kita ini adalah matlamat yang ingin kita capai. Jika kita jelas hal ini, maka strategi dan jalan-jalan yang akan kita lalui juga akan menjadi jelas. Tujuan hidup adalah mendapat keredhaan Allah azza wa jalla. Matlamat perjuangan kita bagi membolehkan tujuan tersebut dicapai adalah menegakkan ajaran dan kefahaman Islam yang benar-benar bersumberkan isi dan inti kandungan al-Quran dan al-Sunnah.           Apabila manusia memahami al-Quran dan al-Sunnah selaras dengan manhaj generasi awal dan menolak kefahaman yang menyanggahi kedua sumber agung itu, maka itu adalah kejayaan bagi dakwah kita. Kecil atau besar, tua atau muda, kuat beragama atau tidak bukanlah persoalan bagi kita. Kita tidak perlu membezakan manusia disebabkan jenama-jenama tertentu.         Islam untuk semua, parti politik,persatuan atau organisasi adalah jelmaan baru yang tidak memberikan apa-apa makna pun selagi seseorang itu ikhlas dalam akidah dan pegangannya terhadap...
Sila Baca Seterusnya Lagi .......
Posted by Abu Bukhari on Sunday, 24 April 2011
BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM ASLAMUA’LAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH Wahai sahabat-sahabat seperjuangan sekalian. Berpegang teguhlah kalian kepada Al-Quran dan Sunnah sepertimana yang difahami oleh Assalafussoleh. I’tiqadlah dengan manhaj a’qidah Ahlussunnah wal jamaah. Janganlah kalian mengkhususkan pegangan kalian kepada mana-mana mazhab secara mutlak. Inilah jalan yang paling selamat.Inilah jalan untuk menyatukan umat Islam. Angkatlah insan yang paling memahami Al-Quran dan Sunnah sebagai pemerintah agar  hukum Allah A’zzawajal  dan daulah Islamiah dapat ditegakkan.Inilah jalan kekuatan dan kemenangan umat Islam. Janganlah kalian berhujjah dengan kata-kata u’lamak semata-mata dan bertaqlid secara membuta-tuli. Kita mesti beri’tiqad bahawasanya setiap qaul u’lamak tidak akan terlepas dari salah dan silapnya dan kata-kata mereka berhak ditolak, ditarjih dan dinilai semula kerana hanya yang ma’sum adalah Rasulullah sahaja. Berhujjahlah dengan nas yang sahih. Tinggalkanlah segala a’malan yang bercanggah dengan sunnah. Hidupkankanlah sunnah-sunnah yang banyak telah ditinggalkan oleh umat Islam di akhir zaman ini.Utamakanlah...
Sila Baca Seterusnya Lagi .......
Posted by Abu Bukhari on
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM ASSALAMUA’LAIKUMWARAHMATULLAH   Alangkah nikmatnya kita dapat mempelajari Islam dengan manhaj salafus soleh, dengan cara salafus soleh. Bebaskanlah pemikiran dan minda kita daripada khurafat, bebaskanlah aqidah kita daripada kekeliruan. Tajdidlah minda anda. Kadang-kadang bila kita tengok insan yang tidak mempelajari aqidah dan pengajian Islam melalui manhaj ahlus sunnah, pening kita nak uruskan mereka. Kejap dia percaya benda ni, mari benda lain pulak dia percaya benda tu pulak dah. Tetapi, orang yang belajar mengikut manhaj salaf, ada di dalam kitabullah dan ada di dalam sunnah, maka selamatlah mereka daripada kekeliruan. Kita tak ikut melainkan yang ada dalam kitab dan sunnah. Selesai masalah, tidak ada lagi khurafat-khurafat, karut-marut, bid’ah, syirik dan kepercayaan yang berbagai-bagai yang menyerabutkan insan. Nikmat tuan-tuan, apabila kita mengetahui Islam dengan jalan nabi dan para sahabat pada zaman yang akhir ini ketika Islam bercampur-baur.   Tuan-tuan, lapangkanlah dada. Sebab itu aqidah itu bermula dengan LAILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH. Betapa mudahnya aqidah yang...
Sila Baca Seterusnya Lagi .......
Posted by Abu Bukhari on
0 comments
categories: | edit post
Wahai para sahabat seperjuangan sekalian, saya ingin menasihati para sahabat dan diri saya sendiri yang lemah ini agar sentiasa menghormati pendapat u’lamak dengan tidak menolak pandangan u’lamak itu secara sewenang-wenangnya jika pandangan itu tidak sehaluan dengan pandangan kita. Walaupun dalam tulisan saya pada siri yang lepas, saya ada mengatakan bahawa ‘’janganlah kalian berhujjah dengan kata-kata u’lamak semata-mata’’, di sini perlu diingatkan bahawa kalian perlu memahami maksud istilah ‘’semata-mata’’ yang saya gunakan itu dangan jelas dan sebaik mungkin agar ianya tidak disalah ertikan. Jangan disebabkan selera dan keinginan kita terhadap sesuatu pandangan maka kita tidak berlaku adil dalam menghurai pandangan keselurhan ulama'. Tidak semudah itu untuk kita membelakangi pandangan ijmak, jumhur dan rajih. Walaupun saya cenderung mengikut pandangan mazhab As-syafi’e, tetapi saya tetap menyokong dan mendokong pandangan yang mempunyai nas yang sahih dan saya menentang sekeras-kerasnya pandangan yang bertentangan dengan nas dan saya lebih mengutamakan nas yang sahih dalam soal agama. Inilah pendirian dan pegangan saya...
Sila Baca Seterusnya Lagi .......
Posted by Abu Bukhari on
...
Sila Baca Seterusnya Lagi .......
Posted by Abu Bukhari on
categories: | edit post

Demi Masa

Kalendar

Mutiara Kata

Laman Chat

My Blog List

Followers