Salah satu penyakit pergerakan islam moden adalah adanya perpecahan parah yang kita saksikan antara bahagian-bahagiannya yang beragam. Masing-masing merasa kebenaran itu hanya ada dalam jamaahnya sahaja, sedang di luar jamaahnya hanyalah kesesatan. Yang dapat masuk syurga dan selamat daripada api neraka hanya dimonopoli oleh anggota jamaahnya sahaja, hanya dia sahaja yang merupakan ‘kelompok yang selamat’, selain itu termasuk kelompok yang sesat!
Seolah-olah wabak penyakit perpecahan sudah berpindah dari sekitar umat ke sekitar pergerakan Islam. Itulah yang banyak dikeluhkan oleh para tokoh pergerakan yang bersemangat dan ikhlas dalam memperjuangkan Islam dan pada ketepatan metodenya. Keluhan ini akan makin panjang jika sikap fikiran jamaah ini tidak berubah dan selalu memotong semua jalan untuk menemukan pendekatan hakiki yang dapat mempersatukan seluruh jamaah yang ada.
Saya mengatakan pendekatan, tidak mengatakan persatuan, kerana saya tidak menyangkal adanya berbagai jamaah yang berkhidmat untuk islam. Saya tidak bernafsu agar semua jamaah itu bergabung dalam satu jamaah sahaja, dihimpun dalam satu wadah...
Hidup: Permulaan - Bahagian 1
-
Beberapa pelajar universiti Malaya telah terbunuh di dalam kejadian tembak
menembak di dewaan besar peperiksaan, soalan membunuh.
infinite dreams by rhads...
9 years ago