Sila Baca Seterusnya Lagi .......
Posted by Abu Bukhari on Saturday 11 March 2017
0 comments
categories: | edit post

Sila Baca Seterusnya Lagi .......
Posted by Abu Bukhari on
0 comments
categories: | edit post

Sila Baca Seterusnya Lagi .......
Posted by Abu Bukhari on
0 comments
categories: | edit post

Saya mengimpikan sebuah negara Islam & undang-undang Islam ditegakkan di tanah air tercinta Malaysia seperti yang telah ditegakkan di Negara Islam Arab Saudi. Perpaduan & kerjasama umat Islam dalam negara kita amat penting dalam usaha membentuk sebuah kerajaan perpaduan yang dapat memperkukuhkan kedudukan Islam di Malaysia. Dewasa ini, perpecahan dalam kalangan umat Islam dalam negara kita semakin menjadi-jadi tambahan pulak wujudnya parti-parti politik yang memperjuangkan ideologi masing-masing. Hal ini telah memberi ruang & peluang kepada musuh-musuh Islam untuk mengambil kesempatan atas keretakan umat Islam ini. Sambung........

Sila Baca Seterusnya Lagi .......
Posted by Abu Bukhari on Wednesday 16 September 2015
0 comments
categories: | edit post

Fitnah Dan Cabaran Dalam Perjuangan Dakwah
Siapa tidak kenal Prof Hamka?! Tokoh ilmuwan agung Indonesia. Beliau seorang ilmuwan Islam yang menguasai berbagai bidang; tafsir, fekah, sejarah, politik bahkan sastera. Kebanggaan umat Nusantara. Karya-karyanya menjadi bacaan dan rujukan termasuk di negara kita ini.

Bahkan bukan sedikit pula yang memperolehi Ph.D kerana mengkaji karya-karyanya, khususnya Tafsir al-Azhar karangan beliau yang terkenal. Beliau seorang ilmuwan dan pemikir yang telah mengukir sejarah emas bagi dirinya. Manfaat dari perjuangan ilmunya dirasai oleh umat Islam di seluruh Nusantara.


- Prof Hamka
Seperti mana kebanyakan tokoh yang berjasa, mereka dikecam atau dimusuhi oleh pihak-pihak yang berkepentingan semasa hayat mereka, namun akan dikenang apabila mereka meninggal. Ini kerana, apabila seseorang tokoh itu muncul, hasad dengki turut muncul dalam jiwa sebahagian yang merasa mereka akan terpinggir, atau terancam. Mereka ini akan mencari jalan membuat fitnah dan onar bagi menghalang perjalanan atau perjuangan seseorang tokoh.
Demikian juga pihak yang tersentuh kepentingan mereka, akan bertindak balas merencana ‘perang’ menghadapi tokoh berkenaan. Namun apabila tokoh tersebut sudah tiada, yang hasad mungkin hilang atau berkurangan, yang rasa terancam sudah selesa atau turut meninggal dunia, maka penilaian waras akan dibuat dan jasa tokoh berkenaan akan dikenang.
Demikian Prof Hamka, semasa hayatnya beliau dituduh sesat oleh ulama konservertif Tanah Melayu dengan tuduhan ‘kaum muda’ dan ‘wahabi’. Semuanya hanya kerana ilmu yang disampaikan itu didengki, atau ada kepentingan pihak tertentu yang terganggu.
Al-Imam Al-Bukhari
Ini tidak pelik. Al-Imam al-Bukhari (194-256H) atau namanya Muhammad bin Ismail yang agung dalam hadis itu, semasa hayat dituduh menganut ajaran Muktazilah dan sesat, bahkan dikafirkan. Beliau terpaksa keluar meninggalkan negerinya Naisabur. Tuduhan bahawa beliau menyatakan al-Quran makhluk bukan sahaja mempengaruhi orang awam, bahkan mempengaruhi tokoh-tokoh ilmuwan hadis besar pada itu seperti Abu Hatim dan Abu Zur’ah. Tuduhan ini datang dari gurunya sendiri Muhammad bin Yahya al-Zuhli.
Apabila beliau berpindah ke Bukhara, beliau disambut hebat oleh penduduk negeri berkenaan. Malangnya, tokoh ilmuan yang hasad kepadanya itu menulis surat pula kepada Gabenor Bukhara: “Lelaki ini menonjolkan diri menyanggahi sunnah Nabi”. Lalu al-Imam al-Bukhari dikeluarkan dari Bukhara.
Menariknya, apabila ditanya al-Imam al-Bukhari tentang ujian itu, beliau menyatakan: “aku tidak peduli selagi agamaku selamat”. Kemudian sebahagian penduduk Samarkand menjemputnya ke negeri mereka. Namun berlaku perbalahan dan fitnah di kalangan penduduk, ada yang setuju beliau datang, ada yang membantah. Akhirnya bersetuju menerima kedatangan beliau, tapi ketika beliau menaiki kenderaannya itu menuju ke sana, beliau meninggal sebelum sempat ke Samarkand. Demikian kisah sedih akibat hasad dengki yang menimpa seorang imam yang agung al-Imam al-Bukhari (lihat: al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala, 12/453-464, Beirut: Dar al-Fikr).
Hidupnya dibuang orang, namun matinya tetap terbilang. Hari ini apabila orang membaca hadis, nama beliau disebut dan kekukuhan riwayat beliau dalam ‘Sahih al-Bukhari’ diakui oleh sekelian sarjana. Akidah al-Bukhari diakui sebagai akidah yang sahih dan benar, ilmunya diiktiraf dan jasanya dikenang. Namun siapa yang membaca sejarah perit perjuangan ilmu, tidaklah sangka demikian nasib yang menimpanya.
Prof Hamka
Kembali kita kepada kisah Prof Hamka. Ramai yang tidak mengetahui sejarah perjuangan beliau dan ayahnya Haji Rasul. Pernah dituduh kafir, sesat, wahabi, kaum muda dan berbagai lagi. Ini adalah resam kelompok yang menjaga kepentingan mereka, bimbangkan gerakan pembaharuan. Mereka bimbangkan kedudukan, aliran, jawatan, kepentingan dan pengaruh mereka hilang.

- Buku ‘Ayahku’ karangan Prof Hamka
Saya cadangkan pembaca membaca buku karangan Prof Hamka yang sekarang sudah ada di pasaran kita yang berjudul ‘Ayahku’. Antara dalam buku berkenaan Prof Hamka mencerita bagaimana ‘ulama-ulama tua’ (istilah digunakan Hamka) menentang kedatangan ayahnya ke Tanah Melayu pada tahun 1916. Kedatangan ayahnya ditentang oleh mufti-mufti Tanah Melayu.
Hamka memetik kata-kata ayahnya:
“Menjadi mufti dalam kerajaan-kerajaan melayu itu sangatlah megahnya. Memakai pakaian rasmi yang pakai polet, berpisang sesikat di bahu, jubah berukir-ukir benang emas, dan serban dari sutera dan berkereta sendiri. Rakyat pun sangat takut dan taat, sisanya dimakan, sepah sirihnya dikunyah, dan kalau beliau ingin hendak kahwin bismillah”.
Seterusnya Prof Hamka mengulas:
“Sebelum beliau datang telah keluar fatwa Syeikhul Islam (gelaran mufti-pen) itu menyatakan bahawa akan datang ke mari seorang ulama yang sesat lagi menyesatkan, wahabi, kaum muda, tidak percaya kepada ulama-ulama dan keluar dari mazhab Syafi’i. (m.s 160).
Prof Hamka menceritakan:
“Bahkan seketika terjadi pertemuan ulama Sumatera-Malaya yang diadakan Jepun pada tahun 1943 di Singapura, sengaja beberapa orang ulama Singapura menemui kami sebelum ke perjumpaan di mulai, menyatakan bahawa sekali-kali jangan dibawa ke mari fahaman-fahaman yang keluar dari Mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah dan keluar dari Mazhab Syafi’i. Ketika ada kawan-kawan yang nakal memberitahu bahawa saya anak Haji Rasul, mata ulama itu ‘melotot’ serupa biji rambutan melihat saya dan saya pun jadi nekad pula sebagai mana nekadnya ayah saya. Takut benar ulama-ulama di sana pada waktu itu bahawa Mazhab Syafi’i akan berubah lantaran Kaum Muda Sumatera atau Muhammadiyyah di Jawa…alangkah sempitnya, perkara pakaian pun mereka kaitkan dengan mempertahankan berfikir dalam satu mazhab…tidak hairan, sebab feudalisme raja-raja di sana sebagai raja Islam, bersandar kepada ulama kolot yang mengutamakan taklid kepada ulama supaya rakyat taat kepada ulama, ertinya kepada raja, erti kepada Inggeris!” (m.s. 162).
Hasil perjuangan gerakan yang dituduh ‘kaum muda’ itulah yang membebaskan kejumudan pemikiran, kezaliman terhadap wanita oleh mahkamah syariah di Indonesia ketika itu. Dalam buku berkenaan Hamka telah menceritakan kesempitan pandangan golongan agama yang jumud sehingga menyiksa wanita dalam kes-kes penceraian.
Di bawah tajuk Nikah Si Kani (m.s. 171), Prof Hamka menceritakan perjuangan mereka menghadapi golongan pemikiran sempit. Namun, adat pejuang berbagai tuduhan dan fitnah dihadapi oleh ayahnya dan perjuangan mereka. Kalimat ‘wahabi, kaum muda, keluar mazhab, sesat, kafir dan berbagai lagi menjadi mainan ulama-ulama ‘lama’ ketika itu dalam menghadapi gerakan tajdid dan pembaharuan oleh Prof Hamka dan ayahnya.
Bacalah!
Bacalah buku-buku perjuangan dan pengorbanan, ia akan memberikan rangsangan dan semangat kepada sesiapa sahaja yang ingin meneruskan agenda dakwah dan pembaharuan umat. Sebab itu al-Quran mengubati perasaan Nabi s.a.w dengan kisah-kisah silam yang dapat menyedarkan tentang harga pengorbanan yang wajib dibayar dalam meneruskan agenda perubahan.
Firman Allah:
(maksudnya) Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa apa yang mereka katakan itu akan menyebabkan engkau (Wahai Muhammad) berdukacita; (maka janganlah engkau berdukacita) kerana sebenarnya mereka bukan mendustakanmu, tetapi orang-orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat Allah.Dan demi sesungguhnya, rasul-rasul sebelummu pernah juga didustakan, maka mereka sabar terhadap perbuatan orang-orang yang mendustakan mereka dan menyakiti mereka, sehingga datanglah pertolongan Kami kepada mereka; dan sememangnyalah tiada sesiapa pun yang dapat mengubah kalimah-kalimah Allah (janji-janjiNya); dan Demi sesungguhnya, telah datang kepadamu sebahagian dari khabar berita rasul-rasul itu. Dan jika perbuatan berpaling mereka (keingkaran mereka) itu terasa amat berat kepadamu; maka sekiranya engkau sanggup mencari satu lubang di bumi (untuk menembusi ke bawahnya) atau satu tangga untuk naik ke langit, supaya engkau dapat bawakan mukjizat kepada mereka, (cubalah lakukan jika engkau sanggup). dan sekiranya Allah menghendaki, tentulah Dia himpunkan mereka atas hidayah petunjuk. (tetapi Allah tidak menghendakinya), oleh itu janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang jahil”. (Surah al-An’am, ayat 33-35).
Pertentangan akan berlaku, sudah pasti, para nabi pun tidak dapat mengelakkannya, namun perjuangan akan terus berlangsung di setiap zaman. Tiada siapa yang dapat mengubah tabiat sejarah, tetapi kita boleh memilih dalam sejarah siapa yang ingin kita berpihak!

Sila Baca Seterusnya Lagi .......
Posted by Abu Bukhari on Friday 28 October 2011
0 comments
categories: | edit post

Salah satu penyakit pergerakan islam moden adalah adanya perpecahan parah yang kita saksikan antara bahagian-bahagiannya yang beragam. Masing-masing merasa kebenaran itu hanya ada dalam jamaahnya sahaja, sedang di luar jamaahnya hanyalah kesesatan. Yang dapat masuk syurga dan selamat daripada api neraka hanya dimonopoli oleh anggota jamaahnya sahaja, hanya dia sahaja yang merupakan ‘kelompok yang selamat’, selain itu termasuk kelompok yang sesat!
Seolah-olah wabak penyakit perpecahan sudah berpindah dari sekitar umat ke sekitar pergerakan Islam. Itulah yang banyak dikeluhkan oleh para tokoh pergerakan yang bersemangat dan ikhlas dalam memperjuangkan Islam dan pada ketepatan metodenya. Keluhan ini akan makin panjang jika sikap fikiran jamaah ini tidak berubah dan selalu memotong semua jalan untuk menemukan pendekatan hakiki yang dapat mempersatukan seluruh jamaah yang ada.
Saya mengatakan pendekatan, tidak mengatakan persatuan, kerana saya tidak menyangkal adanya berbagai jamaah yang berkhidmat untuk islam. Saya tidak bernafsu agar semua jamaah itu bergabung dalam satu jamaah sahaja, dihimpun dalam satu wadah dan dipersatukan oleh satu pimpinan. Ini satu mimpi indah, tetapi untuk merealisasikannya akan menghadapi berbagai rintangan yang tidak mudah diatasi kecuali kalau manausia sudah boleh menjelma menjadi malaikat yang bersayap.
Kiranya keragaman itu tidak ada salahnya, jika ia merupakan keragaman dalam jenis dan kekhususan bukan keragaman dalam sengketa dan selisih yang tiada akhirnya.
Pertama: Ada jamaah yang mengkhususkan diri untuk memurnikan aqidah dari khurafat, kemusykilan dan membetulkan aqidah kaum muslimin sesuai dengam kitab al-Quran dan Sunnah.
Kedua: Ada pula jamaah yang mengkhususkan dirinya untuk menyempurnakan peribadatan, membersihkannya daripada bid’ah dan tahyul dan menyedarkan orang pada ajaran agamanya.
Ketiga: Ada yang menggarap masalah keluarga dan kaum wanita dan menyeru kepada mereka agar kembali kepada ajaran syariat, memakai pakaian muslimah, menghindari diri dari dandanan yang dilarang, campur-baur dengan lawan jenis dan menjauhkan diri dari keruntuhan moral.
Keempat: Ada yang berjuang di bidang politik iaitu memperjuangkan aspirasi Islam melalui arena pemilihan umum untuk menghadapi parti-parti yang sekular.
Kelima: Ada yang mengkhususkan diri dalam bidang pendidikan atau kerja sosial lainnya, berjuang dengan sungguh-sungguh dan tidak mengenal lelah.
Keenam: Masing-masing bekerja dalam bidang-bidang itu secara bersama-sama atau sendiri-sendiri, sesuai dengan kemungkinan yang membentang di hadapannya.
Tidak menutup kemungkinan bahawa sebahagian jamaah itu ada yang bekerjasama dengan para cendekiawan. Berbicara dengan yang pertama, harus dengan menggunakan seni yang dapat membangkitkan perasaan keimanannya. Berbicara dengan yang kedua tentu harus menggunakan akal dan fikirannya terutama dengan orang-orang yang telah tertipu oleh kebudayaan barat dalam kedua sudutnya, baik yang liberalis mahupun yang sosial.
Demikianlah keragaman jamaah itu yang juga bergam dalam kerjanya sesuai dengan perhatiannya dan apa yang menjadi tugas khususnya dan barabg siapa yang mengkhususkan dirinya pada sesuatu, maka dia akan melakukannya dengan baik.
Adakalanya perpecahan itu disebabkan juga kerana keinginan persatuan yang berlebih-lebihan, yang ingin mempersatukan seluruh jamaah islam atau seperti yang dinamakan dengan ‘’Persatuan Pergerakan Islam Antarabangsa’’. Individu atau jamaah yang ijtihadnya yang berbeza atau gerakan yang berlainan, maka ia dituduh telah menimbulkan perpecahan atau keluar dari barisan atau merobek-robek persatuan, menjauhkan keakraban hati. Sikap berlebih-lebihan seperti itu dapat menambah keretakan dan perpecahan yang semakin parah.
Kiranya lebih tepat bila kita mengakui adanya beragam ijtihad, berbagai macam metode berdasarkan perbezaan sudut pandangan, berlainannya cara menyusun tujuan, mempersiapkan sarana, memperhitungkan langkah dalam menghadapi berbagai tentangan dan rintangan yang ada, sehingga persatuan dan kesatuan yang diinginkan akan tercapai, kerana persatuan dan kesatuan yang diinginkan akan tercapai, kerana masing-masing merasa pendapatnya dihormati dan dihargai.

Hal seperti ini Nampak lebih baik dan bermanfaat dengan syarat masing-masing berbaik sangka terhadap yang lain, saling bertimbang rasa meskipun dalam keadaan yang berbeza, saling tolong-menolong dan tegur-menegur dalam berbuat makruf dan berdiri dalam satu barisan menghadapi8 masalah-masalah yang besar , iaitu kewujudan Islam dan penentuan hari depannya dan bersatu-padu dalam menghadapi serangan musah, baik dalam bentuk Yahudisme, Salibisme, mahupun berupa Komunisme, Kapitalisme dan Sekularisme. Dan hendaklah selalu mengingat firman Allah yang bermaksud,
‘’ Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang di jalan Allah dalam satu barisan seolah-olah mereka suatu bangunan yang tersusun rapat’’
(as-Shaf:4)

Menjadi kewajipan tokoh-tokoh pergerakan Islam dewasa ini supaya berusaha keras mengadakan pendekatandan persesuaian antara berbagai jamaah Islam yang berkarya demi kejayaan Islam, yang di dalamnya terdapat para pemuda yang berpendidikan tinggi di Negara-negara arab terutama dari jamaah-jamaah yang saya sebutkan ini:
1. Jamaah Ikhwanul Muslimin
2. Jamaah as-Salafiyin
3. Jamaah al-Jihad
4. Jamaah Tabligh
5. Hizbut Tahriril Islam

Hendaknya para pemikir Islam dan tokoh-tokoh jamaah ini diundang untuk mengadakan pertemuan dan diskusi yang bertujuan untuk mencari titik persamaan di antara mereka, yang dapat menyatukan jurang perbezaan yang selama ini merupakan penyebab perpecahan mereka. Hendaknya semua pihak melunakkan sikap dan debat dalam membicarakan hal-hal khilafiah yang tidak mungkin dapat diatasi, memperbaiki syak wasangka masing-masing dalam hal yang tidak dapat disesuaikan, baik dalam pendapat mahupun dalam kerja, dan menghasilkan kertas kerja atau dokumen kehormat yang dapat dijadikan landasan oleh semua pihak dan memungkinkan semua pihak berdiri dalam satu barisan hadapan dalam menghadapi musuh-musuhnya, yang jumlahnya sungguh ramai, dengan kekuatan senjata yang sungguh canggih dan kemampuan serta strategi yang sempurna.


Satu tindakan yang sangat keliru menurut pendapat saya jika membesar-besarkan dan melebar-lebarkan jurang sesama kita padahal semuanya sama berdakwah menyeru manusia ke jalan Allah. Menjadi kewajipan bagi kita semua untuk memperkecil perbezaan, mempersempit jurang pemisah dan berusaha menghilangkan cara curiga-mencurigai.

Saya yakin, ‘’Dua Puluh Kaedah’’ yang dicanangkan oleh Imam Hasan al-Banna dan yang dijadikan dasar untuk mempersatukan fahaman para jamaah-jamaah Islam, yang pernah diserahkan pertama kali kepada persatuan jamaah agama di Mesir, agar boleh dijadikan dasar persamaan sikap dan pendirian, untuk menghilangkan perpecahan dan saling mencurigai, yang disusun dengan penuh hikmah dan keadilan. Kaedah itu dapat dijadikan pedoman dalam berbagai pertemuan di antara jamaah-jamaah tersebut, jika memang sama mempunyai niat yang baik. Di samping itu masuk ada kaedah, ‘’al-Manar az-Zahabiyah’’ yang terkenal, yang antara lain mengatakan: ‘’Kami akan bekerjasama dalam hal yang telah kami sepakati dan member alas an kepada mereka dalam hal apa yang masih kami perselisihkan.’’


Saya belum pernah melihat seseorang yang lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh ingin mempersatukan jamaah yang bekerja untuk Isla, lebih dari asy-Syahid Hasan al-Banna, yang dalam berbagai kesempatan selalu menyeru umat Islam dengan cara yang paling lunak dan menggugah hati, antara lain seperti yang dikatakannya dalam ‘’Risalah Muktamar Keenam’’

‘’Sikap kami terhadap berbagai lembaga Islam yang berbeza sikap dan pendapatnya, kami tetap menganggap mereka saudara, kami mencintai mereka, saling tolong-menilong dan bekerjasama dengan semuanya. Kami berusaha sekuat tenaga untuk mendekatkan setiap titik pandangannya dan mempertemukan selisih fahamnya, sehingga kebenaran (al-Haq) memang di bawah naungan kerjasama dan cinta kasih. Jangan sampai antara sesama kita terjadi perselisihan fiqh dan perpecahan mazhab, kerana agama Allah itu mudah dan tidak seorang pun yang dibina oleh agama itu, melainkan dimenangkan-Nya. Allah s.w.t telah berkenan member taufik kepada kami untuk memperjuangkan kebenaran dengan sistem yang lunak, menarik hati dan menenangkan fikiran, Insya Allah. Dan kami yakin akan tiba waktunya kelak di mana pada waktu itu semua nama, gelaran, perbezaan formal dan garis-garis pemisah teori akan sirna dan lahir sebagai gantinya kesatuan mantap, yang akan mempersatukan barisan Muhammadiyah, di mana pada waktu itu sudah tidak ada lagi melainkan saudara muslimin, yang bekerja untuk Islam dan berjihad fi sabilillah, seperti dalam firman-Nya, yang bermaksud:

‘’Barang siapa mengangkat Allah, Rasul-Nya dan orang-orang mukmin menjadi walinya, maka sesungguhnya hizbullah itulah yang menang.’’

(al-Maidah: 56)

Pergarakan Islam tidak boleh mengabaikan individu-individu yang kuat bekerja di lapangan dakwah, meskipun mereka bekerja secara sendirian, hanya mempunyai pengaruh dalam lingkungannya dan pada murid-muridnya dan mereka masing-masing mempunyai sekolah dan pengikut. Sudah tentu ramai di antara mereka yang jujur dan ikhlas, yang mampu menggerakkan pendapat umum dan mengarahkannya, jika mereka mahu dan didukung oleh pengarahan yang tepat.


Seruan kita menyusun organisasi kolektif moden berencana tidak beerti kita harus mengesampingkan orang-orang yang bekerja di luar bingkai organisasi itu. Adakalanya di antara mereka ada yang mempunyai alasan yang tersendiri atau rintangan baik material mahupun immaterial, yang menghalanginya untuk bergabung ke dalam organisasi kolektif moden itu meskipun telah menjadi kewajipan moralnya untuk berjuang dengan fikirannya dengan hati dan tenaganya, untuk untuk mendukung setiap organisasi kolektif yang bertanggungjawab terhadap agama Islam, meskipun secara rasmi dia tidak menjadi anggota organisasi tersebut.


Hal yang serupa dilakukan juga terhadap beberapa orang yang bersih dan ikhlas terhadap dakwah Islam, yang kebetulan bekerja dalam berbagai lapangan formal, seperti di Pusat Islam, Lembaga Keamanan, di masjid-masjid, dalam university-universiti Islam dan lain-lain. Mereka juga jangan diabaikan hanya kerana mereka itu terikat dengan pemerintah. Mungkin saja mereka memberikan pengabdiannya yang besar dan penting kepada Islam, berkat pengalaman dan kesempatan yang dimilikinya.

(Dinaqalkan dari buku ‘’Di mana Punca Kelemahan Umat Islam Masa Kini’’ oleh Syeikh Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi.)

Sila Baca Seterusnya Lagi .......
Posted by Abu Bukhari on Wednesday 11 May 2011
0 comments
categories: | edit post

FIKRAH MERENTASI JAMAAH. Alhamdulillah, demi untuk menyempurnakan taqwa kepada Allah dan kebaktian kepada sesama manusia, yang dijadikan bagi menegakkan AL AMRU BIL MA'RUF WAN NAHYU 'ANIL MUNGKAR dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, maka pada hari ini, tertubuhnya banyak jamaah, persatuan dan NGO yang bernaung di bawah nama Islam.
Dari sudut positifnya, banyak manfaat dan kebaikan ke arah perkembangan Islam melalui jamaah yang telah wujud ini terutamanya dalam negara ini. Walaupun begitu, banyak jugak perpecahan yang berlaku dalam kalangan ahli jamaah yang bodoh, jumud, ego, nak tunjuk pandai dan masih mentah. Banyak jugak kritikan daripada ahli jamaah yang masih jahil terhadap jamaah yang besar contohnya dalam masalah tamrin, usrah dan program sirr tanpa pengetahuan pihak pentadbiran IPT.
Realiti ini berlaku di kampus terutamanya dalam kalangan mahasiswa Pengajian Islam dan hal ini telah menyebabkan timbulnya pro dan kontra. Kontra berlaku dalam kalangan mahasiswa yang tidak faham dan jumud serta bodoh dalam masalah ini. Ada jugak mahasiswa yang dipaksa berbaiah dan mengikuti program yang dijalankan oleh jamaah yang berhubungan dengan pihak perwakilan mahasiswa di kampus sehingga menyebabkan rasa tidak senang dalam kalangan ahli keluarga. Hal ini berlaku terutamanya dalam kalangan mahasiswa di kampus.
Wasilah dan manhaj dakwah serta tarbiah yang berbeza-beza inilah kadang-kadang menyebabkan berlakunya perselisihan antara ahli-ahli bawahan dalam jamaah. Program-program yang dilaksanakan selalu diboikot oleh ahli-ahli jamaah yang tidak sehaluan. Latihan kepimpinan dan baiah dalam jamaah jugak ada yang tidak berpuas hati. Sikap ahli jamaah yang ego dan jumud beginilah yang boleh menjahanamkan Islam itu sendiri. Apabila disoal, banyaklah jawapan bodoh yang diberikan untuk mempertahankan jamaah yang diperjuangkan. Tak usahlah nak syok sendiri.
Inilah reality yang berlaku dalam kampus terutamanya dan dalam kalangan masyarakat umumnya. Masing-masing dengan fikrah yang berlainan. Sepatutnya jamaah-jamaah yang kecil, masih mentah, chokia, bodoh dan bengong ini hendaklah bernaung di bawah jamaah yang besar dan sudah lama serta berpengalaman dalam mamperjuangkan Islam untuk melakukan pembaharuan ke arah kebangkitan Islam terutamanya dalam Negara ini dan bersama-sama bergerak untuk gerak-kerja Islam.
Dalam berdakwah menyampaikan Islam, tidak perlulah berdakwah atas nama jamaah, berdakwahlah atas nama Islam. Sebab itulah slogan ‘Fikrah Merentasi Jamaah’ hendaklah dijadikan pegangan dalam kalangan semua ahli jamaah Islam. Dalam Negara yang aman ini, sampaikanlah Islam secara terbuka. Di atas bahu setiap umat Islam, terpikulnya satu bebanan, tanggungjawab dan amanah yang sangat berat iaitulah, memperjuang dan mempertahankan agama Allah dan ajaran rasul-Nya.
Biarlah apa jenama sekalipun jamaah yang kita ikuti, yang penting perjuangan dan fikrah serta aqidah tetap bersama. Tak perlulah berbanga-bangga dan ekstrem dalam mempertahankan jamaah yang diperjuangkan, perjungkanlah Islam di atas manhaj yang diajar oleh Islam itu sendiri. , Gerakan Islam membesar dalam hari-hari akhir ini begitu pantas. Fikrah kita juga tersebar dengan meluas dan cergas.
Ramai cerdik pandai dan manusia yang berkebolehan menyertai dan mendokong dakwah ini. Atau mereka bersimpati dengan tujuan dakwah ini. Kita hendaklah pandai memanfaatkan kepakaran yang ada agar memberikan pulangan yang positif kepada dakwah.
Maka setiap dari kalangan kita ada kemampuan dan kepakaran atau kelebihannya. Maka setelah dia memahami Manhaj al-Quran dan al-Sunnah ini hendaklah dia dibawa ‘ke tengah’ dalam memberikan sumbangan terhadap masa depan dakwah ini.
Semoga Allah mengikhlaskan niat kita semua. Semoga sahabat-sahabat sekelian mampu pulang dan bekerja dengan lebih ikhlas dan bersungguh sehingga cita-cita dakwah tercapai.

Sila Baca Seterusnya Lagi .......
Posted by Abu Bukhari on Sunday 8 May 2011
0 comments
categories: | edit post

HARGA PERJUANGAN

HARGA PERJUANGAN. Ramai pejuang terkorban ketika perit menggalas amanah perjuangan. Ramai yang pergi menemui Allah SWT sebelum mata sempat melihat perjuangan kebenaran menjatuhkan perjuangan kebatilan.
Namun, para pejuang yang ikhlas itu redha kerana mereka tahu itulah harga kebenaran. Mereka tidak berjuang untuk menang dalam bahasa yang biasa. Mereka berjuang kerana titah perintah Allah SWT dan itulah kemenangan hakiki.
Kemenangan dunia hanyalah anugerah dan hadiah daripada Allah SWT yang akan digunakan demi kepentingan menegakkan kebenaran. Jika kemenangan dunia tidak disaksikan di hadapan mata, bukanlah bererti perjuangan kebenaran mesti ditinggalkan.
Bayaran bagi perjuangan yang tulus itu ialah keredhaan Allah SWT meskipun tewas dan ditindas. Allah SWT membeli perjuangan yang benar itu dengan syurga, bukan dengan harta dunia.

Sila Baca Seterusnya Lagi .......
Posted by Abu Bukhari on
0 comments
categories: | edit post

         Perkara yang paling utama yang mesti kita jelas dalam perjuangan kita ini adalah matlamat yang ingin kita capai. Jika kita jelas hal ini, maka strategi dan jalan-jalan yang akan kita lalui juga akan menjadi jelas. Tujuan hidup adalah mendapat keredhaan Allah azza wa jalla. Matlamat perjuangan kita bagi membolehkan tujuan tersebut dicapai adalah menegakkan ajaran dan kefahaman Islam yang benar-benar bersumberkan isi dan inti kandungan al-Quran dan al-Sunnah.

          Apabila manusia memahami al-Quran dan al-Sunnah selaras dengan manhaj generasi awal dan menolak kefahaman yang menyanggahi kedua sumber agung itu, maka itu adalah kejayaan bagi dakwah kita. Kecil atau besar, tua atau muda, kuat beragama atau tidak bukanlah persoalan bagi kita. Kita tidak perlu membezakan manusia disebabkan jenama-jenama tertentu.

        Islam untuk semua, parti politik,persatuan atau organisasi adalah jelmaan baru yang tidak memberikan apa-apa makna pun selagi seseorang itu ikhlas dalam akidah dan pegangannya terhadap al-Kitab dan al-Sunnah.

Sila Baca Seterusnya Lagi .......
Posted by Abu Bukhari on Sunday 24 April 2011

BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM
ASLAMUA’LAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH

Wahai sahabat-sahabat seperjuangan sekalian. Berpegang teguhlah kalian kepada Al-Quran dan Sunnah sepertimana yang difahami oleh Assalafussoleh. I’tiqadlah dengan manhaj a’qidah Ahlussunnah wal jamaah. Janganlah kalian mengkhususkan pegangan kalian kepada mana-mana mazhab secara mutlak. Inilah jalan yang paling selamat.Inilah jalan untuk menyatukan umat Islam. Angkatlah insan yang paling memahami Al-Quran dan Sunnah sebagai pemerintah agar  hukum Allah A’zzawajal  dan daulah Islamiah dapat ditegakkan.Inilah jalan kekuatan dan kemenangan umat Islam.

Janganlah kalian berhujjah dengan kata-kata u’lamak semata-mata dan bertaqlid secara membuta-tuli. Kita mesti beri’tiqad bahawasanya setiap qaul u’lamak tidak akan terlepas dari salah dan silapnya dan kata-kata mereka berhak ditolak, ditarjih dan dinilai semula kerana hanya yang ma’sum adalah Rasulullah sahaja. Berhujjahlah dengan nas yang sahih. Tinggalkanlah segala a’malan yang bercanggah dengan sunnah. Hidupkankanlah sunnah-sunnah yang banyak telah ditinggalkan oleh umat Islam di akhir zaman ini.Utamakanlah amalan yang mempunyai sandaran dan nas yang sahih.Cintailah Allah dan Rasul melebihi segala-galanya.

Hormatilah pendapat orang lain selagimana ianya mempunyai sandaran nas. Ingatlah bahawasanya yag haq itu sentiasa mendapat tentangan. Bersabarlah wahai pejuang-pejuang Sunnah.Anggaplah ia sebagai ujian dalam mengejar syurga Allah A’zzawajai Rabbul Jalil. Yakinlah dengan ganjaran daripada Allah A’zzawajal dalam dakwah di atas manhaj salaf. Teruskanlah perjuangan dalam menegakkan kebenaran dengan berteraskan Al-Quran dan Sunnah. Yakinlah dengan perjuangan kalian selama ini selagimana ianya disokong dengan nas yang sahih. Selamat mengatur langkah wahai sahabat-sahabatku yang mulia. Moga lelah kalian dihargai dan diterima Ilahi walaupun dicemuh insani. Wallahua’lam.

Sila Baca Seterusnya Lagi .......
Posted by Abu Bukhari on

Demi Masa

Kalendar

Mutiara Kata

Laman Chat

My Blog List

Followers