Perkara yang paling utama yang mesti kita jelas dalam perjuangan kita ini adalah matlamat yang ingin kita capai. Jika kita jelas hal ini, maka strategi dan jalan-jalan yang akan kita lalui juga akan menjadi jelas. Tujuan hidup adalah mendapat keredhaan Allah azza wa jalla. Matlamat perjuangan kita bagi membolehkan tujuan tersebut dicapai adalah menegakkan ajaran dan kefahaman Islam yang benar-benar bersumberkan isi dan inti kandungan al-Quran dan al-Sunnah.

          Apabila manusia memahami al-Quran dan al-Sunnah selaras dengan manhaj generasi awal dan menolak kefahaman yang menyanggahi kedua sumber agung itu, maka itu adalah kejayaan bagi dakwah kita. Kecil atau besar, tua atau muda, kuat beragama atau tidak bukanlah persoalan bagi kita. Kita tidak perlu membezakan manusia disebabkan jenama-jenama tertentu.

        Islam untuk semua, parti politik,persatuan atau organisasi adalah jelmaan baru yang tidak memberikan apa-apa makna pun selagi seseorang itu ikhlas dalam akidah dan pegangannya terhadap al-Kitab dan al-Sunnah.

Sila Baca Seterusnya Lagi .......
Posted by Abu Bukhari on Sunday 24 April 2011

BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM
ASLAMUA’LAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH

Wahai sahabat-sahabat seperjuangan sekalian. Berpegang teguhlah kalian kepada Al-Quran dan Sunnah sepertimana yang difahami oleh Assalafussoleh. I’tiqadlah dengan manhaj a’qidah Ahlussunnah wal jamaah. Janganlah kalian mengkhususkan pegangan kalian kepada mana-mana mazhab secara mutlak. Inilah jalan yang paling selamat.Inilah jalan untuk menyatukan umat Islam. Angkatlah insan yang paling memahami Al-Quran dan Sunnah sebagai pemerintah agar  hukum Allah A’zzawajal  dan daulah Islamiah dapat ditegakkan.Inilah jalan kekuatan dan kemenangan umat Islam.

Janganlah kalian berhujjah dengan kata-kata u’lamak semata-mata dan bertaqlid secara membuta-tuli. Kita mesti beri’tiqad bahawasanya setiap qaul u’lamak tidak akan terlepas dari salah dan silapnya dan kata-kata mereka berhak ditolak, ditarjih dan dinilai semula kerana hanya yang ma’sum adalah Rasulullah sahaja. Berhujjahlah dengan nas yang sahih. Tinggalkanlah segala a’malan yang bercanggah dengan sunnah. Hidupkankanlah sunnah-sunnah yang banyak telah ditinggalkan oleh umat Islam di akhir zaman ini.Utamakanlah amalan yang mempunyai sandaran dan nas yang sahih.Cintailah Allah dan Rasul melebihi segala-galanya.

Hormatilah pendapat orang lain selagimana ianya mempunyai sandaran nas. Ingatlah bahawasanya yag haq itu sentiasa mendapat tentangan. Bersabarlah wahai pejuang-pejuang Sunnah.Anggaplah ia sebagai ujian dalam mengejar syurga Allah A’zzawajai Rabbul Jalil. Yakinlah dengan ganjaran daripada Allah A’zzawajal dalam dakwah di atas manhaj salaf. Teruskanlah perjuangan dalam menegakkan kebenaran dengan berteraskan Al-Quran dan Sunnah. Yakinlah dengan perjuangan kalian selama ini selagimana ianya disokong dengan nas yang sahih. Selamat mengatur langkah wahai sahabat-sahabatku yang mulia. Moga lelah kalian dihargai dan diterima Ilahi walaupun dicemuh insani. Wallahua’lam.

Sila Baca Seterusnya Lagi .......
Posted by Abu Bukhari on

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

ASSALAMUA’LAIKUMWARAHMATULLAH
 
Alangkah nikmatnya kita dapat mempelajari Islam dengan manhaj salafus soleh, dengan cara salafus soleh. Bebaskanlah pemikiran dan minda kita daripada khurafat, bebaskanlah aqidah kita daripada kekeliruan. Tajdidlah minda anda. Kadang-kadang bila kita tengok insan yang tidak mempelajari aqidah dan pengajian Islam melalui manhaj ahlus sunnah, pening kita nak uruskan mereka. Kejap dia percaya benda ni, mari benda lain pulak dia percaya benda tu pulak dah.


Tetapi, orang yang belajar mengikut manhaj salaf, ada di dalam kitabullah dan ada di dalam sunnah, maka selamatlah mereka daripada kekeliruan. Kita tak ikut melainkan yang ada dalam kitab dan sunnah. Selesai masalah, tidak ada lagi khurafat-khurafat, karut-marut, bid’ah, syirik dan kepercayaan yang berbagai-bagai yang menyerabutkan insan. Nikmat tuan-tuan, apabila kita mengetahui Islam dengan jalan nabi dan para sahabat pada zaman yang akhir ini ketika Islam bercampur-baur.
 
Tuan-tuan, lapangkanlah dada. Sebab itu aqidah itu bermula dengan LAILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH. Betapa mudahnya aqidah yang dibawa oleh rasulullah. Inilah aqidah ahlus sunnah yang sangat mudah dan tidak memerlukan kepada formula dan kaifiat yang memeningkan dan menyusahkan. Cukuplah sekadar yang diterangkan oleh kitabullah dan hadith rasulullah.

INGATLAH, bahawasanya dalam dunia keilmuan dan zaman intelektual, manusia tidak boleh dikongkong oleh  satu aliran pendapat sahaja ataupun dengan kata lain oleh satu mazhab sahaja.

Yang haq itu hanyalah Qolallah dan Qola rasul sahaja. Selain daripada itu, semuanya boleh dipertikaikan dan perlu dibuat penilaian semula. Bersihkanlah tatapan jiwa anda.Jangan ada setitik pun kekotoran Apabila ia sudah bersih pacakkanlah aqidah Islam yang tulen dan amalan nabi s.a.w.


wallahu’alam....

Sila Baca Seterusnya Lagi .......
Posted by Abu Bukhari on
0 comments
categories: | edit post

Wahai para sahabat seperjuangan sekalian, saya ingin menasihati para sahabat dan diri saya sendiri yang lemah ini agar sentiasa menghormati pendapat u’lamak dengan tidak menolak pandangan u’lamak itu secara sewenang-wenangnya jika pandangan itu tidak sehaluan dengan pandangan kita.

Walaupun dalam tulisan saya pada siri yang lepas, saya ada mengatakan bahawa ‘’janganlah kalian berhujjah dengan kata-kata u’lamak semata-mata’’, di sini perlu diingatkan bahawa kalian perlu memahami maksud istilah ‘’semata-mata’’ yang saya gunakan itu dangan jelas dan sebaik mungkin agar ianya tidak disalah ertikan. Jangan disebabkan selera dan keinginan kita terhadap sesuatu pandangan maka kita tidak berlaku adil dalam menghurai pandangan keselurhan ulama'. Tidak semudah itu untuk kita membelakangi pandangan ijmak, jumhur dan rajih.

Walaupun saya cenderung mengikut pandangan mazhab As-syafi’e, tetapi saya tetap menyokong dan mendokong pandangan yang mempunyai nas yang sahih dan saya menentang sekeras-kerasnya pandangan yang bertentangan dengan nas dan saya lebih mengutamakan nas yang sahih dalam soal agama. Inilah pendirian dan pegangan saya selama ini.

Perlu diingatkan bahawa para u’lamak dan fuqahak merupakan pewaris nabi bahkan mereka diiktiraf oleh Al-quran dan sunnah. Mereka telah mengarang kitab-kitab dan menyusun serta menggariskan pelbagai kaedah untuk memudahkan umat memahami agama. Mereka melakukan hal yang demikian semata-mata untuk menjaga kesucian dan keaslian agama dan mereka juga tidak akan sesekali bersepakat untuk merosakkan agama. Ini yang perlu kita faham.

Maka sebab itu, janganlah kita sesekali mengkritik para u’lamak apatah lagi u’lamak mujtahidin kerana ilmu yang ada pada mereka merupakan nukilan dari Al-quran dan hadis itu sendiri. Walaupun begitu, pintu ijtihad masih belum tertutup.

Saya menulis dan bercakap tentang hal ini adalah berdasarkan kepada penelitian dan pemerhatian saya selama ini bahawa masih ada lagi segolongan tokoh yang memperjuangkan Al-quran dan sunnah, tetapi dalam masa yang sama mereka mengkritik, mempersoalkan dan mempermain-mainkan kaedah yang telah digariskan oleh para u’lamak seolah-olah mereka ini lebih a’lim dan lebih bijaksana daripada u’lamak tersebut.

Jadi janganlah kita mengikut jejak langkah golongan ini. Ingatlah bahawasanya u’lamak empat mazhab ahlus sunnah yang masyhur dan para u’lamak salaf yang lain adalah merupakan golongan yang paling memahami Al-quran dan sunnah dan kita tidak boleh menafikan hal ini.Ingatlah bahawasanya ilmu para u’lamak terdahulu tidak akan sama maqamnya dengan ilmu u’lamak mutaakhirin ini kerana Allah A’zzawajal akan menarik ilmu itu sedikit demi sedikit dengan mematikan para u’lamak kerana ilmu itu sendiri adalah hak Allah A’zzawajal .

Ingatlah bahawasanya kita hanyalah insan yang kerdil dan masih terumbang-ambing. Jika bukan kerana para u’lamak, sudah tentu kita akan terus tergelincir dari landasan yang sepatutnya. Perbetulkanlah diri kita dahulu sebelum kita perbetulkan orang lain. Sama-samalah kita berusaha menuntut ilmu dalam memahami Al-quran dan sunnah dengan sebaik mungkin. Janganlah berputus-asa dalam perjuangan menegakkan Al-quran dan sunnah. Inilah semulia-mulia perjuangan. Yang benar tetap benar . Yakinlah wahai para sahabatku yang mulia.


Sila Baca Seterusnya Lagi .......
Posted by Abu Bukhari on

Sila Baca Seterusnya Lagi .......
Posted by Abu Bukhari on
categories: | edit post

Demi Masa

Kalendar

Mutiara Kata

Laman Chat

My Blog List

Followers